Tuesday, 23 June 2015

Resepi Buka Puasa : Puding Pencuci Mulut Yang Simple-Nyimple

1st trial...
resepi dari makcik google jgk...try n jadi...

hari ke 3 ramadhan sy try buat..alhamdulillah menjadi dan terus suka encik asben...siap request lg for d next time...mood masih rajin masak xde nak beli kuih-kuih kat bazaar ramadhan yang sezaman ini ku rasakan agak xberbaloi kemahalannya...xpuas ngap dah abis dan ada setengahnya tu tak mampu nak abiskan (tak semua la..ada segelintir peniaga yang hanya tau kaut untung jew ... sadisssszzzz...

Okey sy kongsikan resipinya puding kegemaran saya yang sebenarnya...almaklumlah sy ni klassic skit...puding pon puding klasic jgk larrr....

Agar-Agar Pandan Bersantan ( cek kat dapur ada pandan , ada santan , ada telur, ada serbuk agar-agar terus boleh jalan je projek senang n mudah ini rupanya la...

credit to: yatiememories...lupa nak snap gambar...selesai makan semua daaa....

Bahan-Bahan: sumber yatiememories
10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan *(sy gunakan 5 helai sebab sy xguna perisa pandan)
pewarna hijau dan perisa pandan *(sy xmasukkan perisa pandan dan cuma tanbah sedikit pewarna bagi nampak menyerlah dan xpucat.ikut resepi asal guna perisa pandan)

Caranya Menyediakan Agar-agar Pandan Bersantan

Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk 

Tips Supaya Terbentuk Dua Lapisan Pada Agar-agar Pandan Bersantan
*ini tips memang betul-betul menjadi lah..!!!
Untuk mendapatkan 2 lapisan :Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk.
Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti

Dah siap jangan lupa kongsikan puding ni ngan jiran sebelah rumah ( bau aroma pandan sampai ke rumah sebelah..hehe...)
Sekian, selamat mencuba...dan selamat berpuasa....sampai waktu berbuka sila menjamu selera.


1 comment: