Friday 2 October 2015

Pakej AHLI POWERGOLD TERBARU

1-PAKEJ AHLI - Pakej Terkini Powergold - 1-PAKEJ AHLI - Pakej Terkini Powergold

Powergold ada 4 pakej keahlian :

1. Pakej Gold @ G : RM350 (ahli)

➡Dapat dinar 999.9 (0.5gram)
➡Dapat beli emas dengan harga ahli
➡Dapat bonus repurchase (RM1/gram)
➡Dapat website promosi

2. Pakej Solid Gold @ SG : RM450 (ahli)

➡Dapat suku dinar 999.9 (1.0625gram)
➡Dapat beli emas dengan harga ahli
➡Dapat bonus repurchase (RM1/gram)
➡Dapat website promosi

3. Pakej RM1800 (Family Plan)

➡Dapat 4 keping suku dinar @ 4.25g
➡ Dapat beli emas dengan harga ahli
➡Dapat bonus repurchase (RM1/gram)
➡ Dapat website Promosi
➡ Dapat 4 akaun berlainan username

4. Pakej SuperPowerGold @ SPG / RM3800 (stokis)

➡Dapat 2 dinar emas 999 @ 8.5 gram
➡Dapat beli emas dengan harga stokis (kurang RM2 dari harga ahli)
➡Dapat bonus repurchase (RM1/gram)
➡Upah key in repurchase (RM2/gram)
➡Upah register ahli baru
    Reg ahli : RM10
    Reg stokis : RM100

Berminat jadi ahli atau stokis?

klik sini

Kenapa Melayu kurang terlibat dengan Emas

Punca orang MELAYU kurang terlibat dengan simpanan emas.....

1. anggap simpan ASB lagi masyuk...
2. emas sinonim dgn org kaya
3. emas mahal..x mampulah..
4. kurang ilmu, malas membace...
5. nak cepat kaya....
6. suke tgk duit depn mata...
7. xtau nk simpn emas kt mane....
8. xde duit....
9. takut jd kaya sbb kne byr zakat emas nnti....
10. xnk kumpul goldbar, hnya tau brg kemas jer....
11. background family...mewah dgn duit...
12. serik, prnh kene tipu...
13. nk beli kt kdai trus, senang....
14. nk beli emas tp xnk simpn sndiri (nk melabur)
15. soal keselamatan...
16. MALAS!!

# Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan ketas tandas.. Apatah lagi simpanan emas..
# Org kita mmg suka beli emas hanya sebagai hiasan… Cuma apa yg penting kita tukarkan mentaliti ini ke simpanan jangka panjang.

Sharing is loving

jom 1 gram 1 bulan 1 keluarga.

klik sini ye...

Thursday 1 October 2015

Review...aku dan suami si pengguna masker vietnam.

Assalammualaikum...
Kali ini post nak cerita pasal pengalaman  aku laki bini menggunakan masker vietnam nih ... yg makin di cuba2 oleh ramai org2 kampung.
alkisahnya aku kenal gam ni...adik aku yg kat kampung tu mai tampal kat idung kembang aku nih...sekali tampal dengan hasil tangkapan yg amat mengejutkan dan tidak disangka2. sblm ni pernah jgk duk guna utk buang whitehead or blackhead nih...tp xde jmpa yg secanggih ni... sekali cuba terus terpikat gitulah rasanya...
harga pon amat berbaloi dengan isi kandungan...penggunaan boleh dlm banyak kali..sepuas hati lah... masa baru-baru jumpa dgn benda alah ni...hari2 lekat kat muka...yg tak sabar nk tgk hasil tangkapan...fuhhhh...mencacak-cacak gitu....
***** ckp saja tanpa bukti xbesh jgk****
jap nak kasi upload gambo skit...hasil2 tangkapan dari kulit muka encik asben..

hasil tangkapan dari kulit muka encik asben...geli tapi puas hati lah!!! ini gambar setelah tiga minggu tak buat.en asben biasalahbekerja diladang...kalo lama tak spa kan muka dia...byk lah sisa-sisa teekumpu bersarang.

Yang best tgk masa kita tarik tu nanpak benda- benda yang tercacak cacak tu keluar.

gam power nih!!  terbaekkk!!#!

oleh yg sedemikian...kalau ada si gadis atau si kumbang.teruna dan dara.ahkak ahbang...mai mai try...yang ingin mencubanya boleh direct dgn sy dengan harga RM 10.00'sebotol tanpa gst. call me bila rasa nak cuba.016-7764029 -hazwani hamzah. tqvm.

Saturday 12 September 2015

kisah laki bini

kisah laki bini part dialog whatapp..alkisah anak-anaknya kedua-dua puteri..hehe...lucu pon ada..
itulah penggunaan ayat tu memainkan peranan..haha#jgn komenlebih#nokomen#kisahlakibini


Wednesday 9 September 2015

Langkawi Trip : Kursus PIBICT SIRI 6/2015

Assalamualaikum...

Trip ke 2 ke langkawi dalam tahun 2015 juga.kali ini atas tujuan sebagai pengajar/fasilitator/ urusetia kursus ict ni...atau lebih di kenali kursus pibict oleh warga infra. secara ringkasnya kursus ini khas kepada setiausaha/ bendahari jkkk/p di setiap daerah.untuk kali ini daerah yang di pilih adalah langkawi..so dengan bahagia dan bangganya....

aktiviti-aktiviti bergimba memang tak dapat dilaksanakan lah sebab pergi atas tiket berkhidmat untuk negara kan...jadinya masa-masa dipenuhi dengan jadual waktu  yang padat gitu lah...ye ke ye ke... sesampai je kat airport langkawi tu terus dapatkan mpv yang siap2 dah booking awal dengan pihak hotel kami menginap...

Skit review hotel kami menginap : LANGKAWI SEAVIEW HOTEL, Dekat Pekan Kuah, Langkawi.



Gambar dari bilik kami menginap...view pantai dapat di lihat dari bilik kami. keadaan hotel bersih dan memuaskan. kelengkapan hotel cukup utk taraf 3 bintang punyer hotel la...breakfast pon okey makan-makan kenyang...hehe...harga pon memuaskan la xde la mahal sangat. ada kedai makan lagi berhampiran hotel sekiranya pada waktu malam anda-anda sekalian rasa kelaparan boleh jalan kaki je...mcm-macam makanan dijual

Antara peserta-peserta kursus kami...(dari daerah langkawi)
mereka sgt2 sporting...






Hari last keberadaan kami di sana...penghabisan...makan laksa ikan sekoq kat tepi airport tu...terbaek....
Nak cerita banyak lagi tapi ketiadaan masa..ada masa jumpa lagi..hehe...bai bai....






Thursday 20 August 2015

Karnival Usahawan Desa (KUD) Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

JEMPUTAN MERIAHKAN LAGI KUD 2015.....
Apa itu KUD???

KUD (KARNIVAL-USAHAWAN-DESA)

Info : petikan dari Produk Citarasa Malaysia

Produk Citarasa Malaysia dimana ianya memberi satu penghormatan dan pengiktirafan kepada usahawan bumiputera luar bandar yang merupakan agen penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam memartabatkan produk keluaran tempatan sehingga produk-produk tersebut akan menjadi identiti Malaysia dalam dan luar negara.

Dengan ini saya mewakili geng sekerja saya memjemput datuk/dato'/datin/tuan/puan/Encik/Cik/Nenek/Atuk/Mak/Ayah/Abang/Kakak/Adik sekalian memeriahkan lagi KUD 2015 ig : #KUD2015 #sayapergi #kud2015sukaneka

bertempat di ZON D


Zon D, Belakang Istana Kehakiman
Presint 3 Putrajaya Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia

Dari Team INFRA kami menyediakan :



 ada lagi....



ada lagi....



ada lagi.....ini bahagian geng2 saya yang sgt2 sporting....ahmad zainol,tuan aznita, siti zaharah, rasaki, hasrul, zurita, norm....jemput semua memeriahkan lagi di zon kami...jemput reramai ...mai ...mai...mai...
MEGA SUKANEKA @ CERIA BERSAMA KELUARGA...



ada lagi....



ada lagi....



ada lagi...



ada lagi....wakil kemas



JOM BERAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN LAGI...

Disamping itu masih banyak booth2...pameran...program dan acara2 lain disediakan....tak larat nak cerita...hehe...

boleh klik disini...untuk Info-info lain

SEKIAN.TQVM







Tuesday 23 June 2015

Resepi Buka Puasa : Puding Pencuci Mulut Yang Simple-Nyimple

1st trial...
resepi dari makcik google jgk...try n jadi...

hari ke 3 ramadhan sy try buat..alhamdulillah menjadi dan terus suka encik asben...siap request lg for d next time...mood masih rajin masak xde nak beli kuih-kuih kat bazaar ramadhan yang sezaman ini ku rasakan agak xberbaloi kemahalannya...xpuas ngap dah abis dan ada setengahnya tu tak mampu nak abiskan (tak semua la..ada segelintir peniaga yang hanya tau kaut untung jew ... sadisssszzzz...

Okey sy kongsikan resipinya puding kegemaran saya yang sebenarnya...almaklumlah sy ni klassic skit...puding pon puding klasic jgk larrr....

Agar-Agar Pandan Bersantan ( cek kat dapur ada pandan , ada santan , ada telur, ada serbuk agar-agar terus boleh jalan je projek senang n mudah ini rupanya la...

credit to: yatiememories...lupa nak snap gambar...selesai makan semua daaa....

Bahan-Bahan: sumber yatiememories
10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan *(sy gunakan 5 helai sebab sy xguna perisa pandan)
pewarna hijau dan perisa pandan *(sy xmasukkan perisa pandan dan cuma tanbah sedikit pewarna bagi nampak menyerlah dan xpucat.ikut resepi asal guna perisa pandan)

Caranya Menyediakan Agar-agar Pandan Bersantan

Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk 

Tips Supaya Terbentuk Dua Lapisan Pada Agar-agar Pandan Bersantan
*ini tips memang betul-betul menjadi lah..!!!
Untuk mendapatkan 2 lapisan :Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk.
Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti

Dah siap jangan lupa kongsikan puding ni ngan jiran sebelah rumah ( bau aroma pandan sampai ke rumah sebelah..hehe...)
Sekian, selamat mencuba...dan selamat berpuasa....sampai waktu berbuka sila menjamu selera.


Wednesday 10 June 2015

Perkongsian : Khasiat Biji Kurma...

Perkongsian Ilmu : Sahabat pencinta Makanan Sunnah!
Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.
Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa

Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi
jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma;
Basuh biji kurma dan tos kering
Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Anda juga boleh menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
Live and Love Sunnah
kredit : kiambangmerah.blogspot #munirah

Monday 8 June 2015

Kursus Kepimpinan Belia Anjuran INFRA @MS Chemerkau Chekas Chalet, Kg Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang

Assalamualaikum...
Entri kali ini nak ceritakan pasal satu tempat yang best kat raub sesuai untuk riadah seisi keluarga mak ayah tok nenek,kakak, abang, pakcik, makcik, pak lang, mak lang, ayah long, pak ngah dan cucu cicit sekalian...menarik...santai dan enjoy cool n relexxxx...




BEST pada saya adalah kerana lokasinya yang jauh dari kesibukkan kota..jauh dari pembangunan yang melata.. tenang dan damai..

BEST pada saya kemudahan chalet yang menarik ...bersih dan paling best cantik dan selesa

Keadaan bilik yang bersih dan selesa

Yang ni pemandangan dari balkoni ..villa yang saya menginap...santekkknyer....



BEST pada saya ada keretapi yang diperbuat dari bahan terbuang yang sgt menarik dan berinovasi sebagai satu tarikan pelancong...kreatif betul la...

BEST pada saya...sbb boleh mandi manda dengan air yang sejuk dan nyaman...pemandangan yang menarik


BEST pada saya...terdapat pelbagai aktiviti yang menyihatkat badan dan sesuai untuk program-program spt team building...ada flying fox..ada night walk..ada jungle tracking...ada river cruising...ada memancing...ada raflesia walk dan banyak lagi lah...

Untuk maklumat lanjut....KLIK DISINI atau INI

Thursday 19 March 2015

MS OFFICE POWER POINT 2010

Collection Slide : MS OFFICE POWER POINT 2010...
Perkongsian kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya sebagai panduan. Klik pada gambar untuk besarkan saiz paparan. TQ.