Friday, 11 May 2012

Saya bukan Dera la...cuma ingin...

"BIAR SAYA MENANGIS HARI INI...
KERANA SAYA TAK NAK MENAGIS DIKEMUDIAN HARI"

Niat saya pukul adalah untuk mendidik bukan kerana ingin mendera lah...Ya..bukan pengaruh video yang tersebar 2 hari lepas la...ish ish ish.......Mama pukul bukan sebarang pukul ya...mmg iris terlebih nakal skit...mama pukul sbb mama sayang....

Kisahnya berlaku petang rabu yang lepas saya bawa anak saya ke taman permainan...kat situ ramai sgt kanak-kanak bermain...yang mengejutkan saya...sikap anak saya ni seperti ingin menguasai permainan tu..sehinggakan menganggu dan menakut-nakutkan anak-anak lain ingin bermain. ada yang lebih besar marah-marah kat dia..tapi dia masih buat xkisah apa...sikap melawan dan menentang lagi ada la yang dia tunjukkan. saya cuba beritahu langsung xdiendahkan...pujuk  rayu pun xbleh jgk...diajak pulang pon xnak...adoiii.................sehinggakan terpaksa dukung n ........dot dot dot.....

Terbaca lah info kat 1 blog yang mmg mengena dengan keadaan dan situasi sy untuk mengenali perubahan anak saya...Info: Mengenali anak anda.... credit to TOT blog.TQ


PERKEMBANGAN SOSIAL ANAK (2-3 TAHUN)
1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.
2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.
3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

Thursday, 10 May 2012

Adoiii.....try layan dulu....

Petang yang ceria ini kita kongsikan video yang lain macam skit untuk semua...
X salah pertama kali pandang anda terpikat...tetapi lepas tu pandai-pandai la bawa diri masing-masing...
yang mana tgh kerja kat opis bleh la bersiap pulang....

credit to Bro AzlanEzahar

my 1st time p GYM

pertama kali pergi gym...sblm xpernah jejak pon kerana selalu p jogging kat taman jew...disebabkan hari sabtu yang lepas putrajaya hujan... dah tu mmg rasa nak buang kalori yang di bela selama 2 minggu duk makan fast food jew hari hari.... biasa la mula-mula masuk mmg malu-malu gtu...dah tu siap pergi bawa budak kecik lagi...adoiii..aku jew ke pergi gym bawa anak bawah umur...keh keh keh...best juga tukar selera p gym ni...lepas ni akan selalu la ak p gym...berketut-ketul la badan mummy iris nnt....heheheheheeeeeee.....

si baju hijau tu xpernah p gym pon...sama2 pertama kali jejak...tp xtau la mula2 jumpa dia mmg muka dah macam tu....keh keh keh....

Wednesday, 9 May 2012

Siapa tak nak percutian orang payungkan????

Bukan senang... free free org nak payungkan percutian yang 100% free(dari makan minum, hotel semua nya ditanggung)..TQVM kepada abe yie kerana sudi menaja saya...keh keh keh...hehehee...bersyukur jgk la ada abg yang berjaya dalam bisnes dia tolong taja percutian untuk adik-adik dia yang muka xmalu ni...

Sebenarnya percutian ini khas untuk staff abg sy jew..tapi disebabkan 2 unit apartment yang disewa digunakan atas nama id saya, so mmg sy kena ada la...huhuhu...INI adalah FAMILY DAY GM MOTORSPORT SDN BHD....sy cuma interframe jew k....





NOTA ONLINE: Pengenalan Internet

Nota kedua untuk hari ini...mood baik benar arini....jarang-jarang skali boleh jumpa mood macam ini...aku pon xtau kenapa ...keh keh keh...
Kebiasaanya nota pengenalan internet ini saya gunakan ketika slot untuk topik INTERNET kepada peserta-peserta kursus pengurusan desa berasaskan ICT....

TQVM

NOTA ONLINE: Buat Pages Dalam Blog

Nota yang pendek ini saya post kan kerana saya sedang sediakan nota ringkas kepada student skm.
Nak tau apa Fungsi Pages yang dimaksudkan adalah seperti di bawah: (erti kata lain pages ni adalah navigasi tab)

Contoh blog diatas adalah sample yang saya gunakan semasa sesi pengajaran membina blog untuk pelajar SKM homestay.TQ

Untuk mendapatkan nota ringkas ini ...SILA KLIK DI SINI.
anda boleh dapatkannya sekiranya sudi...

TQVM.


Jap lagi aku akan kembali berbloggggg....

Assalamualaikum n selamat pagi....
KEH KEH KEH...... sedar diri lama xupdate blog selepas bercuti seminggu...dah tu masuk2 opis terus busy dengan modul SKM homestay tahap 3 plak tu....hari pertama mula kembali kerja mood bukan main malas ooo....kena plak demam selsema yang datang dan pergi....hari ni rasa kuat skit...mood baik hari ni ooo..sape nak mintak tolong apa-apa pasti dengan mudah aku menolongnya kot...hheheheheh...cuba la kot mintak duit pon aku boleh bagi...itu pon kalau aku ada duit.....

JUMPA LAGI...!!!!