Friday, 15 June 2012

SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU

SALAM...terima special invitation lagi...dalam kelam kabut dengan urusan kerja skolah anak...ehheeehe.....sy dengan suka hati turut sertai acara ini....segmen dari ayuejean....

Sy perlu buat :.....(kena buat karangan kew ni???...sy buat ucapan  ye....!!!!)

Tajuk Assignment:



Cerita kisah Bapa yang merupakan Idola korang tu.......
"Jangan lupa mention nama bapa korang ye......."
Ucapkan kata-kata yang tak mampu korang luahkan di hadapan Bapa.....

******************************************************************


My abah...ARWAH HAMZAH BIN MOHD RAZALI...al-fatihah utk abah..


Kata-kata yang tak mampu saya luahkan di hadapan Bapa sy....dah sah-sah memang abah dah xada di dunia ini lagi..insyaAllah doa untuk abah selalu sy hadiahkan....abah sy yang tiada tandingan..dia idola sy,dialah selama ini memjaga saya dengan baik skali..membimbing saya sehingga dah besar panjang...cerita skit pasal abah sy ni ...dia seorang yang rock(masa abah muda2 dulu adalah seorang gitaris) tapi jiwa dia sgt2 lah lembut...xpernah nak tinggikan suara dengan anak2...tapi dalam dia mendidik dan mengajar anak-anak selalu dengan kasih-sayang...kalau nak cerita pasal abah mmg x abis la..betapa banyak abah korban kan utk kami adik-beradik...satu jew yang boleh sy ucapkan didepan abah kalau ada di hadapan sy di hari bapa::::::: ABAH MMG AWESOME.....


SELAMAT HARI BAPA -unTUK bapa2 seluruh dunia....

wasallam...al-fatihah untuk arwah abah

Bohong Sunat yang dibolehkan....

Mana ada istilah bohong sunat...tapi untuk menyelamatkan situasi kadang2 dibolehkan lah ya...hehee...

4 kebohongan yang biasa wanita2 diluar sana buat...termasuk saya...jarang2 skali la...hehhee..tapi kebohongan ini disukai lelaki....anda pecaya tak???

1. Harga Barang yang Dibelinya
Banyak wanita yang berbohong kepada pasangannya tentang harga sebenarnya dari barang yang dibelinya. Biasanya wanita akan mengatakan bahwa barang tersebut murah atau sedang diskaun, padahal belum tentu benar. Hal ini dilakukan untuk menghindari pertengkaran maupun nasihat dari pasangannya kerana kebiasaan berbelanja xingat dunia!!!....oh tidak....

2. Nombor Telefon
Biasanya hal ini dilakukan sebagai penolakan secara halus. Sebahagian besar orang tidak suka dengan penolakan, jadi agar tidak terlalu menyakitkan, banyak wanita yang memalsukan 1-2 angka saat mereka memberikan nombor telefonnya pada lelaki yang tidak menarik perhatian mereka....dulu penah buat...skrg saham pun jatuh...lgsung xde yg minat...hahhahaaa....perasan cun lah konon!!!

3. Masa
"10 minit lagi, sy sudah hampir sampai," ini adalah salah satu contoh kebohongan yang sudah sangat sering terdengar dari wanita. Tidak dapat dinafikan wanita memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan kegiatan apapun, misalnya bersolek. Hal itu dilakukan untuk menenangkan pasangan sementara waktu ketika mereka belum pun siap, sementara kekasihnya sudah lama menunggu di tempat utk berdating....rasanya sy xde dlm kategori ini kot..ehemmm...

4. "Ayg Baik-baik Sahaja"
Ketika seorang wanita mengatakan "Ayg baik-baik saja," ini adalah sebuah triknya untuk menyampaikan perasaan kesal dan marah kepada pasangannya. Pada situasi tersebut sebenarnya wanita berada dalam keadaan paling sakit hati ooo sehingga mereka lebih memilih menutupi perasaannya. Namun yang paling mereka harapkan setelah mengatakan ini adalah pasangan mereka akan memahami, berusaha memujuk atau memeluknya....merajuk jew kerjanyer...


p/s: Yang no 1...aku paling setuju...
Sumber: tidak diketahui. yang pasti biasa buat lah!!!!


Mimpi Malam Jumaat

Salam...

ini kisah benar punya.!!!!

Ini kisah rumahtangga....mcm mana nak mula cerita ni...arghhhh....Pada kebiasaanya bila gas dan beras kat dapur dah abis...haruslah di minta seorang suami pergi belikannya...yer la nak masak ni beras x ada...dapur gas xmengeluarkan api...mcm mana nak jadi tomyam ayam kan...nak p cari kayu api bukan dia...dijadikan cerita lah.....

si suami aku pergi lah menukarkan tong gas kat satu kedai runcit ni...selalunya dia pergi sorang..tapi kali ini si isteri pon nak ikut sambil anak pon dikendong oleh aku...bila sampai di kedai tu aku mcm biasa  sentiasa bermurah senyuman dan peramahnya sempat berbual2 dengan pekerja kedai runcit tu seorang perempuan muda tinggi, free hair, kulit sawo matang gtu lah...cantik dan sedap mata memandang...dah siap si suami menjelaskan bil dan tiba sesi "angkat berat" tong gas dan beg beras 10 kilo tu ke dalam bonet kereta.......aku sempat pulak bersalaman dengan si pekerja perempuan tadi siap berlaga pipi pg...mcm biasa lah kaum hawa bersalam....amboi baru kenal dah mesra giler...!!!!

So, si suami pergi lah angkat barang.......semasa perjalanan dalam kereta suami ku menerima 1 sms panjang nyer....berbunyi macam ni....."Saya ingat awk belum kahwin...rupanya dah ada anak pun..." siap ada lirik lagu lagi dalam sms tu....
"Baru tengok ambo raso berkene
ore jangok serta comel

ore sedak kelih amboi kulit putih
lemah lembut gaya baik budi bahaso
sari tak kelih hai nak duduk tokleh
hati dale dada tak tahu nak kato

tapi ambo bimbe takut nya tak layan
mugo balik kawe serba serbi kure
demo ore comel serta sedak kelih
ramai ore berkene buleh tehe nak pilih

baru tengok hati berkene…"
(aku xtau apa kaitan lagu ni...mmg aku xfaham dengan sms dari pempuan tu)

Aku yang kat sebelah ni tanya la kat abg aku...eh abg siapa ni....si abg aku bgtau pmpuan yang kat kedai runcit tadi la...selamba jew laki aku cakap..."dia minat kat abg la tu..mgkin selama ni dia ingat abg xkahwin lg kot....arini kan dia tgk abg bawa ayg n anak....heheheeee"....aku yang kat sebelah mmg xterkata apa2...teringat kat kedai tadi siap aku berbual mesra lagi ngan budak pmpuan tu siap berlaga pipi...uihhh dia peminat suami aku rupanya dlm diam...terasa tercabar jgk la...peminat suami oooo....

aku yang jadi tak tentu hala...banyak juga tanya seperti CNI cari gali segala cerita tentang budak pompuan yang dah terminat kat suami...punya dapat cerita ada sorang makcik ni bagi no hf suami pada pompuan tu...n cerita lagi n lagi...sampaila......tiba tiba.....anak aku kat sebelah menjerit betul2 membuatkan aku terkejut dan terjaga dari tidur.....fuuuuuuhhhhhhhh...rupanya aku bermimpi...itulah kisah benar dalam mimpiku....

-nasib baik mimpi oooo-

bila tersedar aku terus cerita kat suami...dia gelak dan siap perli dengan lagu dikir barat kat atas lagi..adoiiiii....

*p/s: lirik diatas adalah lirik lagu dikir barat megat nordin-ambo raso bekene(Saya Rasa Berkenan)

aku dan kisah benar....mimpi malam jumaatku...heheee....

Thursday, 14 June 2012

Selamat Pengantin Baru...

Exspecial for semua pengantin baru..
Musim ke 2 dalam tahun ini...diterima jemputan dari para sahabat....kali ni hanya pergi 1 jemputan jew kat Bertam Baru, kelate...ada ramai sahabat ofis,skolah2,study2 dulu... yang hantar kad tapi semuanya jauh2..maaf ya...xdapat cuti dari bos besar. dan xdpt hadir di hari bahagia kalian ...ada yang hantar melalui fb jew skrg...amboiiii zaman canggih senangnyer nak bermadah....main kot fb jew ye...save n selamat bajet korang...hehehe... tau la nak kahwin banyak nak pkai duit...sy amat memahami...ada juga kawan tuuuu...ish ish ish...xjemput pon aku p kahwin dia....tup tup upload foto honeymoon jew dlm fb...no komen!!! pk positif...otak dia bnyak nak fikir smpai lupa aku..."siapalah aku ini hanya menumpang dihujung jalan yang sepi...".APA2 pun KU ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU...selamat menempuhi fasa baru dalam hidup anda n pasangan anda..ku doakan kalian semua kekal hingga ke syurga,,,...doakan la jua untuk pengantin lama mcm aku ni...hehhehehe.....

bersambung esk.....nak balik oooo......time up!!!.

Wednesday, 13 June 2012

Siapa yang terlibat...?????

bila abis belajar...org akan tanya bila nak kerja?....
bila dah kerja ....org akan tanya bila nak tunang?.....
bila dah tunang ....org akan tanya bila nak kahwin?....
bila dah kahwin...org akan tanya bila nak dpt anak?....
bila dah ada anak 1....org akan tanya bila nak anak ke 2?....

bilalah nak abis org2 yang akan tanya...????

bila dah tahap gaban xtau nak jawab persoalan2 itu.. inilah jadinya...!!!!
kes:persoalan untuk anak ke2...bagus jgk la ada kawan2 yang masih prihatin dan bertanya...kalau xada org tanya hidup sebatang kara la agaknya...
kalau xpaham...perbualan di atas,,sila abaikan...

(dialog diatas hanya gurau senda sesama rakan2 semata2...kadar sensitivitinya hanya 20%.)TQ

p/s:sy nasihatkan pada setiap rakyat 1negara..jgn la banyak tanya soalan2 macam ni kerana pada seseorg mgkin biasa...tapi pada situasi org yang lain menjadi hal negara dan isu sensitif....tolong jaga sesitiviti org lain...mungkin diluar sana mengalami situasi yang lebih tegang..jadi tolonglah jaga kadar pertanyaan yang boleh menyinggung perasaan orang disekeliling kita...sama2lah kita doakan kesejahteraan kita 1malaysia...wassalam.


Tuesday, 12 June 2012

Block email Tak Diundang.....

Salamat Pagi Cikgu... (versi upin ipin)...

dah kelamaan xupdate blog...disebabkan ketiadaan perasaan....oh.....bebabalik pada tajuk...disebabkan adalah 2 3 orang sahabat duk tanya macam mana nak block email seseorang yang mengganggu dan langsung tak diundang dalam kehidupan sehingga merimaskan...xkan nak tutup terus email tu kan kan kan... kerana ketidaksanggupan menghadapi email itu....so sebagai penyelesaiannya...kita block jew email tu...

Sbg contoh :Cara nak block email: Gmail ....
1. Sign in email anda.
2. Klik pada  butang macam roda kat atas tu pada penjuru kanan antaramuka email anda...pastu klik    Setting


  3. Bila dah keluar tetingkap setting. klik pada perkataan Filters

4. klik pada Create a new filter.

5. Bila dah keluar tetingkap seperti dibawah...pada ruangan From...masukkan email pengirim yang hendak diblock kan dalam erti kata lain nak sekat email tersebut dari memasukki inbox anda. Kemudian klik pada Create filter with this search

6. Akhir sekali , tick pada Skip the inbox (Archive It) dan tick jua pada Delete It....OK itu saja...

settle...lepas ni xada lagi email2 yang boleh membuatkan anda hypertension dengan gangguan makluk yang kurang sihat mentalnya...(ini ayat digunakan digunakan adalah bersebab...harap maklum...heheheee...)

tutorial bercontoh sahaja...TQVM. ;)